Skip to main content

Posts

Featured

sehari di sofia ... p5

Palace of Justice Sofia, Bulgaria February 2019 sejuk dan kering.  angin musim dingin itu sekali sekala melewati Vitosha Boulevard dan menyapa tubuhku sewaktu berjalan-jalan mencari tempat untuk sarapan. mujurlah rumah kaca milik cafe illy itu bertutup rapat, cuma pintu masuknya yang dipasang kanvas plastik kekadang berolak disipi angin. ada juga pemanas elektrik dipasang untuk keselesaan tamu. kopi hitam illy sampai dahulu di meja bulatku. Anna, gadis berambut perang itu manis tersenyum sambil menyapa selamat menikmati kopi itu lalu beralih ke meja lain untuk mengambil pesanan. aku menghela nafas panjang sambil kedua-dua tapak tangan memegang cawan kecil yang hangat dek panas kopi hitam itu. kopi hitam itu aku hirup kosong tanpa gula. terlalu kelat. terus sahaja aku menambah sedikit gula, menambah rasa. selang beberapa minit, Anna kembali dengan sarapan aku.  “enjoy your meal!” aku melihat jam tangan. hampir 9 pagi dan masih awal. rencana aku adalah untuk menyertai Sofia Walking Tour

Latest Posts

sehari di sofia ... p4

sehari di sofia ... p3

sehari di sofia ... p2

sehari di sofia ... p1

Hoi An...an anecdote of April (cont..)

Hoi An ... an anecdote of April

unwritten ... (cont.)