merdeka

kita hanya mencari yang tulen dan jati
sekata hidup, mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita berkerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak, mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia...
-A.Samad Said-

Comments