layar itu ( tentang 2 filem ...)

Curse of Golden Flowers
Karya terbaru dari Zhang Yimou ini tidak mengecewakan biarpun aku lebih mengagumi Hero. Mungkin kerana aku beranggapan pada skala produksi sebegitu gah, filem ini sebenarnya mampu menawarkan sesuatu yang lebih dari yang ada. Plot ceritanya agak menjengkelkan dengan isu sumbang mahram di istana, mengingatkan aku kecelaruan The Banquet.

Tidak banyak aksi satu lawan satu kung-fu yang aku harapkan seperti di dalam Hero dan Crouching Tiger Hidden Dragon, namun aksi pertarungan tentera istana dan tentera pemberontak masih mampu menggentarkan jiwa, mengingatkan aku sedikit sebanyak gahnya efek peperangan dalam Lord of The Rings. Sampai saat, kekalahan tentera memberontak memang memilukan, melihat satu persatu tumbang berdarah, dihimpit tembok besi dan dihujani anah panah tentera istana.

Kredit aku berikan pada Gong Li dan Jay Chou. Lakonan mereka berdua memang hebat terutama Gong Li, selaku maharani yang terseksa dibawah cengkaman maharaja yang meracuninya dalam diam. Ekspresi wajahnya memang mengajak kita merasai betapa bebannya meneruskan hidup.


Aku masih dibayangi oleh kekuatan Chow Yuen Fat dalam CTHD, menyebabkan terasa agak terbatas untuk aku mencari kelebihannya dalam epik ini. Dia lebih berjiwa dalam CTHD, dan dalam epik ini, keras dan ego hingga mengundang rasa benci dengan mudah. Mungkin itu perwatakan seorang maharaja china dalam sejarah.

Hero masih benchmark pada aku. Biarpun ceritanya berlapis-lapis, namun ia antara karya epik kung-fu terhebat pernah aku tonton, malah aku mengaguminya lebih dari CTHD.

Cinta
Kritik menilai filem ini membawa dimensi baru pada dunia filem Melayu. 5 kisah dalam satu cerita, 10 bintang. Ada yang menyamakan filem ini dengan Love Actually, salah satu filem kegemaran aku. Apa sajalah.

Secara teknikal, ini adalah sebuah filem yang baik. Plot dan jalan cerita, cinematografi dan keberkesanan kebanyakan pelakon memainkan watak masing-masing.

Aku paling tersentuh menyelami kisah Harris dan Airin. Cinta beerti melepaskan apa yang kita sayang. Biarpun ekspresi Rita agak plastik sewaktu menangis di meja makan, namun kisah mereka bertiga, merupakan antara kekuatan filem ini.

Paling membosankan, kisah Pierre dan Amani, dan Eizlan bersama Fasha. Kaku, basi dan tiada yang istimewa.

Cinta menyelitkan komedi secara spontan, namun aku agak terganggu dengan sekumpulan penonton yang ketawa seolah-olah menonton komedi senario, setiap kali ada adegan yang melucukan.

Aku menonton filem, bukan sekadar untuk berhibur, tetapi cuba menyelami aspek produksi dan juga mesej yang terkandung. Namun, pergi bersama sahabat2 yang tidak melihat dari sudut ini, kadangkala merimaskan. Masing-masing cuba mengusik siapa yang emosional dan menangis etc.

Hmm…