heart & dealova
Heart
Mungkin kekuatannya terletak pada muzik yang menjadi nadi kepada perjalanan cinta dan persahabatan tiga insan yang menjadi pendukung filem ini. Kita akan dibuai perasaaan menghayati keindahan karya Melly yang bercerita tentang jiwa filem ini.
Ini menutup sedikit sebanyak kelemahan plot dan jalan cerita yang longgar, biarpun ekspresi dan penghayatan tiga watak utama cerita ini masih baik. Dibilang cerita ini memang meruntun jiwa, namun aku agak keras untuk menerima, malah mencari di mana benarnya perkara ini. Mungkin sudah banyak filem yang bercerita tentang perkara sebegini, sejak dari zaman Kuch Kuch Hota Hai lagi, menyebabkan aku berulang menyatakan cliché nya kisah sebegini.
Kematian watak. Subjek yang diletakkan sebagai penghujung cerita dan focus untuk menyentuh jiwa penonton, namun akibat plot dan jalan cerita yang lemah, Heart menjadi terlalu biasa bagi aku, jika tiada muziknya yang cemerlang.
Aku tidak begitu degil, masih ada ruang yang mencuri emosi aku. Saat Irwansyah menyentuh ukiran kasih Nirina dipondok sepermainan mereka sewaktu kecil, mengundang rasa kehilangan yang amat akan seorang sahabat, dan merenung kembali coretan Nirina dalam surat terakhirnya mencuri emosi aku.
‘aku amat gembira tatkala melihat kamu gembira. Namun, pada masa yang sama aku benar-benar takut akan kehilanganmu.’
Cinta dan persahabatan, kadangkala saling membunuh. Yang mana akan kekal seandainya diberi pilihan?
Dealova
Agak lama kita menanti untuk filem ini menjengah pawagam kita, sedang lagu temanya menjadi siulan umum untuk sekian lama. Karya Opick memang indah dan aku akui antara yang terbaik pernah kudengar. Evergreen…hingga Datuk Siti Nurhaliza pun meletakkan lagu ini antara lagu favourite nye. Hehe.
Dealova, seumpama bait-bait indah yang didendangkan Once, benar-benar bercerita tentang cinta dan impian seseorang yang bercinta.
Biarpun masih mengenai cinta 3-segi remaja, Dealova bergerak dari perspektif seorang lelaki yang menyintai gadis idamannya dalam diam, dan beroleh kesempatan kedua. Membandingkan karya ini dengan Heart,dunianya lebih luas dimana kita dikenalkan akan insan-insan yang mengisi hidup watak-watak utama.
Aku senang melihat Jessica Iskandar selaku Karra. Riang dan manis dalam dunianya. Plot dan jalan cerita Dealova tidak jauh lari dari filem remaja yang lain, malah suasananya mengingatkan aku akan AADC. Sedang pilihannya terlalu kontra, Dira seorang remaja yang berdepan dengan saat kematiannya, berubah dari seorang yang biadap kepada sopan setelah Karra hadir dalam hidupnya.
Dealova hakikatnya cuba bercerita tentang cinta dan harapan Ibel yang dibawakan dengan baik oleh Evan Sanders, tentang kesempatan kedua setelah ditolak pada mulanya. Sekali lagi, kita dihidangkan dengan plot yang cliché, Dira berhadapan dengan kematian dan meninggalkan Karra yang fragile dalam emosi pada Ibel. Yup, Ibel adalah nadi cerita ini, namun tidak ditonjolkan seadanya. Mungkin seolah-olah mahu memberi penampilan yang adil kepada semua bintang?
Rizky tampil sebagai Iraz, abang kepada Karra. Berbeza dengan debut nya dalam UnguViolet yang cemerlang, Iraz tidak lebih dari cameo untuk dirinya.
Dealova, mampu menjadi seindah bait-bait lagunya . Itu kesimpulanku.